Monday, September 29, 2008

BuLaN RaMadHan BuLan YaNg MuLiA

Bulan Ramadhan adalah bulan ibadah untuk seluruh umat islam. Apabila tibanya bulan Ramadhan, terdapat adab2 untuk kita amalkan iaitu:


1. Bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan atau dengan erti kata lain bersyukur kerana bertemu dengan bulan Ramadhan. Berasa gembira dan berazam meningkatkan amal.


2. Di bulan Ramadhan kita digalakkan memberi yang termampu seperti bersedekah. Tetapi jangan lupa ikhlaskan kerana Allah swt.


3. Kita hendaklah berbuka puasa secara sederhana kerana makan secara berlebih-lebihan tidak baik utk kesihatan dan menyebabkan kita x de mood nk solat terawikh.

4. Setelah kita selesai menunaikan solat Isya', kita digalakkan utk menunaikan solat sunat terawikh. Jadi kalau nk pahala lebih, buatla ye.

5. Di bulan puasa ini juga, Al-Qur'an akan memohon syafa'at atau pertolongan kepada org yg membacanya. Maka, banyakkanlah membaca Al-Qur'an di bulan yg mulia ini.

Firman Allah SWT:

"Wahai org2 yg beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana puasa itu diwajibkan ke atas org yg sebelum kamu, supaya kamu bertaqwa".

(Al-Baqarah : 183).

Sabda Rasulullah SAW:

"Puasa dan Al-Qur'an memohon syafa'at kepada Allah pada hari kiamat bagi org2 yg berbakti (yg selalu berpuasa dan banyak pula membaca Al-Qur'an)".

(H.R : Ahmad)